Index» » » » » » » » » » » » Rakyat tanya apa lagi naik lepas ini kata perwakilan Umno Kedah

Rakyat tanya apa lagi naik lepas ini kata perwakilan Umno Kedah

Selasa, 31 Desember 2013

OLEH MOHD FARHAN DARWIS December 06, 2013
Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Osman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun.
Beliau yang membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik.

 Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif. 
"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas.
"Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat," katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Disebabkan perkara itu, Osman menegaskan kerajaan semakin tertekan dengan asakan pembangkang.
"Ini jadikan kita defensif. Kita selalu tertekan dengan asakan pembangkang.
"Jentera kita perlu gunakan media-media yang ada beri penerangan," tambahnya. – 6 Disember, 2013 TMI



Tidak ada komentar:

Posting Komentar