Dewi Perssik Dituntut 6 Bulan Penjara

Jumat, 31 Januari 2014


RABU, 15 FEBRUARI 2012



JAKARTA - Penyanyi dangdut Dewi Muria Agung atau dikenal dengan nama Dewi Perssik, dituntut dengan hukuman 6 bulan penjara. Ia dinilai terbukti bersalah telah melakukan tindak pidana penganiayaan ringan terhadap Julia Perez, rekan mainnya dalam film Arwah Goyang Karawang yang belakangan judulnya diubah menjadi Gowang Jupe Depe.

Tuntutan itu, dibacakan oleh Jaksa Penuntut Umum (JPU) Tamalia Rossa, dalam lanjutan persidang di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Timur, Rabu (15/2/2012). Wanita yang akrab disapa Depe itu, mengenakan busana warna pink. Ia tampak siap mendengarkan pembacaan tuntutan tersebut.

"Menyatakan terdakwa Muria Agung alias Dewi Perssik bersalah melakukan tindak pidana penganiayaan sebagaimana yang didakwakan pasal 351 ayat 1 KUHP dalam dakwaan tunggal, menjatuhkan hukuman terhadap Dewi Muria Agung berupa pidana penjara selama 6 bulan," ujar JPU Tamalia Rossa, Rabu (15/2/2012), di PN Jakarta Timur.

Depe dinyatakan bersalah setelah mempertimbangkan barang bukti yang ditunjukkan dalam sidang-sidang sebelumnya, berikut keterangan saksi-saksi.

Satu di antaranya adalah rekaman video potongan adegan syuting film Arwah Goyang Karawang yang judulnya diganti menjadi Arwah Goyang Jupe-Depe, yang beberapa kali dipertontonkan di ruang sidang. "Terdakwa diwajibkan membayar biaya perkara sebesar seribu rupiah," tandas Tamalia.
Read More..

TERKINI Rakyat Malaysia Dikhuatiri Maut Dalam Krisis Tebusan Algeria

Kamis, 30 Januari 2014

Krisis Tebusan Algeria: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Maut


KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, wakil JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menjadi majikan rakyat Malaysia berkenaan, memaklumkan kepada kedutaan itu mengenai perkara terbabit.
“Kedutaan Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria dan JGC Construction Pte.Ltd bagi mendapat pengesahan tentang perkembangan terkini dua rakyat Malaysia itu,” katanya.
Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di Algiers sudah berjumpa dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi tebusan dalam serangan itu dan dipindahkan ke ibu negara Algeria itu.
“Persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang ke tanah air dan
Wisma Putra sudah memaklumkan tentang keadaan mereka kepada keluarga masing-masing,” kata kenyataan itu. – BERNAMA
Read More..

10 Film Romantis yang Paling Digemari

Rabu, 01 Januari 2014

1. Ghost (1990)


2. Dirty Dancing (1987)


3. The Notebook (2004)


4. Titanic (1997)


5. Pretty Woman (1990)


6. Love Actually (2003)


7. Romeo + Juliet (1996)


8. An Officer and A Gentleman (1992)


9. Moulin Rouge (2001)


10. Amelie (2001)


sumber: http://hermawayne.blogspot.com/2009/02/10-film-romantis-yang-paling-digemari.html
Read More..

Wanita Curi Arak Sembunyi Di Celah Kangkang!


KUALA LUMPUR : Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.
Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.
“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.
“Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Read More..

Kanak kanak Indonesia adalah yang paling pendek di antara empat negara di Asia Tenggara

Indonesia akui sukar tangani fenomena kanak-kanak pendek

November 18, 2012

Kaji selidik Makanan Berkhasiat Asia Tenggara (Seanuts) terbaharu menunjukkan kanak-kanak Indonesia adalah yang paling pendek di antara empat negara di Asia Tenggara. - Gambar Reuters

JAKARTA, 18 Nov — Kaji selidik Makanan Berkhasiat Asia Tenggara (Seanuts) terbaharu menunjukkan kanak-kanak Indonesia adalah yang paling pendek di antara empat negara di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. 
Pihak kerajaan Indonesia mengakui sedang berdepan masalah yang sangat kompleks dan sukar mengatasinya kerana fenomena itu bukan semata-mata berpunca daripada kekurangan zat makanan tetapi juga faktor lain seperti penyakit dan kebersihan alam sekitar. 

Fenomena kanak-kanak pendek atau kanak-kanak yang terbantut pertumbuhannya sering dikaitkan dengan masalah kekurangan zat makanan akibat daripada penyakit seperti cirit-birit kronik, kelahiran tidak normal, penyakit cacing, malaria dan jangkitan pada saluran pernafasan. Pengarah Pembangunan Makanan Berzat Untuk Masyarakat, Kementerian Kesihatan Indonesia Minarto berkata usaha untuk mengatasi masalah “tumbesaran terbantut” di Indonesia memerlukan masa yang panjang. 

Kanak-kanak kecil yang diserang cirit-birit misalnya boleh mengalami masalah kekurangan zat makanan dan jika tidak ditangani, ia akan mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu, Minarto dipetik sebagai berkata oleh akhbar Media Indonesia pada Sabtu. 
Penyakit cirit-birit, jangkitan pada saluran pernafasan dan cacing pula berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat dan kebersihan alam sekitar, oleh itu penanganan masalah itu perlu disertai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan penjagaan kebersihan alam sekitar. 

Hasil kaji selidik Seanuts di empat negara itu iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam bagi tahun 2011 yang diumumkan baru-baru ini mendapati bahawa kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Indonesia mengalami masalah “tumbesaran terbantut” pada kadar 24.1 peratus (lelaki) dan 24.3 peratus (perempuan). 
Bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun pula, peratusan yang mengalami masalah sama ialah 24.1 peratus (lelaki) dan 25.2 peratus (perempuan). 

Secara perbandingan peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran terbantut di Malaysia, Thailand dan Vietnam pada umumnya ialah antara 11 hingga 12 peratus. 
Minarto berkata Gerakan Nasional 1,000 Hari Pertama Kehidupan yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia pada bulan ini merupakan satu daripada program dalam usaha menangani isu itu di peringkat hulu. 
Gerakan itu menumpukan perhatian kepada ibu-ibu mengandung hingga anak mereka berusia dua tahun, dengan pemberian makanan tambahan kepada ibu-ibu mengandung, bayi diwajibkan minum susu ibu hingga berusia enam bulan dan bantuan makanan berzat kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun. — Bernama
Read More..