Index» » » » » » » » » » PERHATIAN – Aisyah Diculik Di Rawang – Sebarkan Gambar Suspek

PERHATIAN – Aisyah Diculik Di Rawang – Sebarkan Gambar Suspek

Selasa, 17 Desember 2013

Kes Culik

Dari malam semalam hingga ke hari ini kecoh di laman-laman sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dikenali sebagai Aisyah.
Di Twitter, kini ‘trending’ #FindAisyah
Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Exzam disyaki diculik oleh seorang lelaki di sebuah pusat membeli belah di Rawang.
Dalam poster yang tersebar meluas di laman-laman sosial, menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek, Shahrizal Yusuf (690301-14-5221).
Suspek dikatakan memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLC1894.
Pihak MyNewsHub cuba untuk menghubungi ibunya, Cikgu Arbaiyah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut namun gagal.
Beberapa persoalan timbul berkenaan kejadian tersebut.
1. Bagaimana maklumat diri suspek begitu cepat dikenalpasti? Hingga nombor kad pengenalan juga berjaya dikesan.
2. Adakah suspek ada kaitan/kenal mangsa atau ibu mangsa?
Bagaimanapun, pihak MyNewsHub berharap agar berita kehilangan Aisyah ini dapat disebarkan serta merta.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi mata dan telinga pihak Polis dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia.
Semoga adik Aisyah selamat dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes kehilangan Aisyah, sila hubungi balas polis berhampiran. Mynewshub




Tidak ada komentar:

Posting Komentar