Index» » » » » » Cha Cha Enggan Bercinta Fokus Kerjaya

Cha Cha Enggan Bercinta Fokus Kerjaya

Rabu, 25 Desember 2013

Cha Cha Maembong

Pelakon remaja yang semakin mencipta nama, Cha Cha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 17, kini mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini.
“Saya akui, memang sangat meminati dunia seni lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi, saya minat berlakon tetapi saya lebih aktif dalam bidang peragaan dan sekarang ini saya mahu lebih fokus kepada dunia lakonan,” katanya kepada Sinar Harian.
Adik kepada pelakon popular, Emma Maembong ini juga enggan bercinta selagi kerjayanya masih belum kukuh, selain merasakan dirinya masih terlalu muda untuk memikirkan tentang perkara itu.
“Sekarang saya mahu mencapai cita-cita sebagai pelakon terlebih dahulu. Lagipun, Cha Cha masih terlalu muda dan mentah untuk memikirkan soal percintaan. Biarlah kerjaya Chacha kukuh dahulu,” jelasnya.
Malah, dia juga kini sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal didudukinya pada akhir tahun ini atas tiket calon persendirian.
“Saya lebih selesa belajar di rumah dan tahun ini akan lebih fokus terhadap pelajaran kerana saya akan menduduki SPM sebagai calon persendirian.
“Cikgu akan datang mengajar di rumah dan kalau ada penggambaran atau terlalu sibuk, saya akan belajar melalui portal atau tutor TV dan beberapa sumber rujukan lain,” katanya.
Selamat maju jaya buat Cha Cha dan semoga kejayaan dalam bidang kerjaya dan akademiknya akan berjalan seiring. MYNEWSHUB




Tidak ada komentar:

Posting Komentar