Index» » » » » » » » » Kerana Sandy Stesen minyak diserbu sehingga cetus kekecohan

Kerana Sandy Stesen minyak diserbu sehingga cetus kekecohan

Selasa, 24 Desember 2013

sinarharian
2 November 2012
New York lumpuh akibat Taufan Sandy
Taufan Sanday memusnahkan beribu kediaman di selatan AS.
NEW YORK - Selepas dibadai taufan Sandy, banjir dan terputus bekalan elektrik, penduduk bandar raya New York kini berhadapan dengan kekurangan bekalan petrol sehingga stesen-stesen minyak di sekitar bandar raya ini diserbu orang ramai.
   
Tinjauan di sekitar Jackson Heights dan Astoria yang terletak di Queens mendapati stesen minyak yang masih beroperasi dan mempunyai bekalan mengalami kesesakan dengan deretan kereta untuk mendapatkan bekalan.
   
Di Northern Boulevard, Jackson Heights, sebuah stesen minyak yang terletak di 72th Street, diserbu pemandu teksi sehingga polis terpaksa mengawal keadaan, kerana barisan menunggu yang sangat panjang.
   
Selain pemandu teksi dan kereta berbaris panjang menunggu giliran, orang perseorangan juga sanggup beratur panjang di dalam kawasan stesen minyak itu, membawa bersama mereka bekas untuk membeli petrol.
   
Empat pam dikhaskan kepada kereta dan teksi untuk mengisi minyak terus ke tangki minyak manakala dua pam lagi untuk orang perseorangan dan dihadkan kepada lima gelen setiap orang.

Polis juga dipanggil kerana keadaan menjadi kecoh selepas jalan dari arah Woodside ke Flushing sesak teruk apabila mereka berhenti menunggu giliran di bahu-bahu jalan.
   
Bagi Yadwinder Singh dan rakannya Rahul Singh, pekerja di Sikh Cultural Society Center (SCSC) terletak di Richmond Hill, terpaksa datang ke Jackson Heights untuk mengisi minyak van milik majikan selepas dimaklumkan rakan bahawa stesen minyak itu beroperasi.
   
Yadwinder semasa ditemui berkata: "Kami perlu mengisi tangki van milik pusat berkenaan kerana kami perlu meneruskan kerja amal dengan memberi makan kepada mangsa-mangsa taufan Sandy di sekitar kawasan Rockaway.
   
Rockaway, kawasan tepi pantai yang  merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dibadai taufan Sandy, apabila rumah, sekolah dan bangunan di kawasan berkenaan tenggelam selepas dibadai ombak laut dan dinaiki air pasang dari lautan Atlantik.
   
"Hari ini (Khamis) kami mengambil risiko apabila meneruskan juga usaha menghantar makan tengah hari yang dimasak oleh sukarelawan pusat berkenaan untuk diagihkan secara percuma kepada mangsa taufan Sandy walaupun minyak di dalam tangki sangat kurang," katanya.

"Kami keluar dari SCSC pada kira-kira pukul 9 pagi untuk mengisi tangki van di sekitar Atlantic Avenue dan Richmond Hills, kawasan berdekatan dengan pusat kami. Sebaliknya tidak berjaya kerana kebanyakan stesen minyak di kawasan itu tidak mempunyai bekalan," katanya semasa ditemui Bernama berhampiran stesen minyak di Northern Boulevard di sini, lewat petang Khamis.
   selengkapnya



Tidak ada komentar:

Posting Komentar