Index» » » » » » » Pemuda Pas yakin kemampuan Mohd Azam

Pemuda Pas yakin kemampuan Mohd Azam

Minggu, 22 Desember 2013

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

SHAH ALAM - Pemuda Pas yakin kerusi Dun Sungai Limau akan berjaya dipertahankan dalam PRK, 4 November ini.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, pemilihan Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Samat, 37, adalah tepat kerana beliau merupakan anak tempatan selain berpengetahuan luas dalam pendidikan agama.

Katanya, latar belakang Mohd Azam juga sesuai dalam meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas penyandang kerusi Dun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Kami yakin beliau akan meneruskan kerja yang telah dibuat oleh Allahyarham Ustaz Azizan dan pada masa yang sama kami juga optimis beliau akan membawa suara anak muda khasnya," katanya.

Kerusi Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytiharkan kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Dalam PRU13 lalu, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru.

Ini merupakan PRK kedua selepas PRU13, dengan yang pertama PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai lalu.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar