Index» » » » » » » » » Bekas pemburu komunis tiada dendam dengan Chin Peng

Bekas pemburu komunis tiada dendam dengan Chin Peng

Kamis, 26 Desember 2013

OLEH EILEEN NG dan DIYANA IBRAHIM September 16, 2013

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas (SB) Tan Sri Yuen Yuet Leng menyifatkan bekas pemimpin komunis Chin Peng (gambar) sebagai rakan biarpun beliau sebelum ini dikenali antara pegawai negara yang giat memburu komunis.

“Saya kehilangan rakan yang dulunya merupakan musuh namun dari situ bermulalah persahabatan kami, moga rakan saya bersemadi dengan aman,” kata Yuen dalam reaksinya mengenai kematian Chin Peng pagi tadi atau nama sebenarnya Ong Boon Hua.
Perjanjian Damai Haadyai 1989 antara Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) menyaksikan pembubaran  parti itu setelah konflik yang berlarutan hampir berdekad lamanya.

 Selepas menandatangani perjanjian tersebut di Haadyai Thailand, Yuen dan Chin Peng ketika itu dilihat bergurau sesama sendiri serta mengejutkan wartawan yang hadir membuat liputan pada waktu itu.
Salah seorang dari wartawan bertanyakan kepada Yuen setelah sekian lama memburu  komunis menghapuskan gerakan itu tidakkah beliau mempunyai perasaan benci terhadap Chin Peng.

“Ketika itu saya menoleh ke Chin Peng dan bertanya padanya adakah dia mahu saya menjawab soalan tersebut bagaimanapun dia meminta saya menjawab soalan itu.
“Saya berkata kami pernah cuba membunuh sesama sendiri sebelum ini namun hari ini kami masih bernyawa dan berada di Haadyai, jadi wujudkah kebencian itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apabila usia kami meningkat maka timbullah perasaan hormat itulah pengertian kematangan

“Ketika kami masih muda, kami menentang sesama sendiri  kerana perbezaan ideologi namun apabila perjanjian ini ditandatangani kami lebih memahami  diri masing-masing,” katanya.
Sementara, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin yang turut menyaksikan perjanjian bersejarah di Haadhaadyaiyai pada tahun 1989 mengatakan Malaysia tidak dapat melupakan kekejaman Chin Peng.

“Sentimen rakyat Malaysia ini yang masih kuat tidak mahu menerima Chin Peng kembali di negara ini, mereka tidak dapat melupakan kesusahan dan penderitaan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya,” katanya.
Apabila ditanya adakah wajar membawa pulang Chin Peng untuk dikebumikan di Malaysia, Kadir berkata ia terpulang kepada pertimbangan rakyat dan kerajaan.

“Wajar atau tidak biarlah yang menjawabnya rakyat dan kerajaan, sekiranya rakyat boleh meaafkan Ching Peng maka kerajaan juga harus akur membawa pulang, namun jika sebaliknya, maka terima saja keputusan itu,” katanya. – 16 September, 2013.The Malaysian Insider



Tidak ada komentar:

Posting Komentar