Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
GAMBAR Suspek bunuh pegawai bank muat naik gambar duit sebelum kejadian tembak
Rabu, 13 Agustus 2014
Facebook milik suspek Ardi Hamza.
23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib. Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.
Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
Suspek dipercyai berasal dari Sulawesi Indonesia.
Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.
Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.
Status terakhir suspek di facebook miliknya.
Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.
Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!
Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.
Gambar dengan penyokong bola Indonesia
menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan suspek
berasal dari Indonesia.
Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.
sumber:
PERHATIAN – Aisyah Diculik Di Rawang – Sebarkan Gambar Suspek
Selasa, 17 Desember 2013
Dari malam semalam hingga ke hari ini kecoh di laman-laman sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dikenali sebagai Aisyah.Di Twitter, kini ‘trending’ #FindAisyahAisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Exzam disyaki diculik oleh seorang lelaki di sebuah pusat membeli belah di Rawang.Dalam poster yang tersebar meluas di laman-laman sosial, menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek, Shahrizal Yusuf (690301-14-5221). Suspek dikatakan memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLC1894.Pihak MyNewsHub cuba untuk menghubungi ibunya, Cikgu Arbaiyah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut namun gagal.Beberapa persoalan timbul berkenaan kejadian tersebut.1. Bagaimana maklumat diri suspek begitu cepat dikenalpasti? Hingga nombor kad pengenalan juga berjaya dikesan.2. Adakah suspek ada kaitan/kenal mangsa atau ibu mangsa?Bagaimanapun, pihak MyNewsHub berharap agar berita kehilangan Aisyah ini dapat disebarkan serta merta.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi mata dan telinga pihak Polis dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia.Semoga adik Aisyah selamat dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes kehilangan Aisyah, sila hubungi balas polis berhampiran. Mynewshub
Langganan:
Postingan (Atom)