Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan
YAYASAN PAKSI Kedah akan bersama Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti 19 10 13
Sabtu, 01 Februari 2014

Laporan Terkini hari ini 11.10.13 Cikgu Sukarno menyatakan pendirian Yayasan PAKSI Kedah akan turun bersama ke HIMPUNAN KEBANGKITAN ULAMA DAN RAKYAT di Satadium Suka Menanti Alor Setar pada 19.10.13 ini . Beliau menyatakan Yayasan PAKSI akan bekerja sama bagi menjayakan majlis ini.
ALHAMDULILLAH kesatuan antara Ulama Pondok , Sekolah Agama Rakyat , Jabatan Mufti , Pelajar Agama , Mahasiswa , dan seluruh lapisan masyarakat akan turun Insya Allah ke
Majlis Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat pada 19.10.2013
Peringkat Negeri Kedah
Moga Allah beri kesempatan bersama untuk kita turun beramai-ramai ke majlis ini sebagai tanda Cinta kita kepada ISLAM , Cinta perjuangan Ahli Sunnah dan Cintakan Ulama .
Marilah kita bersama Ulama berjuang !
Marilah kita beri sumbangan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Rakyat tanya apa lagi naik lepas ini kata perwakilan Umno Kedah
Selasa, 31 Desember 2013
OLEH MOHD FARHAN DARWIS December 06, 2013
"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun.
Beliau yang membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik.
Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.
"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.
"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas.
"Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat," katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Disebabkan perkara itu, Osman menegaskan kerajaan semakin tertekan dengan asakan pembangkang.
"Ini jadikan kita defensif. Kita selalu tertekan dengan asakan pembangkang.
"Jentera kita perlu gunakan media-media yang ada beri penerangan," tambahnya. – 6 Disember, 2013 TMI
Langganan:
Postingan (Atom)