Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.
Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.
"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.
Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.
Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.
"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.
Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.
Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.
Pemuda Pas yakin kemampuan Mohd Azam
Minggu, 22 Desember 2013

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
SHAH ALAM - Pemuda Pas yakin kerusi Dun Sungai Limau akan berjaya dipertahankan dalam PRK, 4 November ini.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata, pemilihan Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Samat, 37, adalah tepat kerana beliau merupakan anak tempatan selain berpengetahuan luas dalam pendidikan agama.
Katanya, latar belakang Mohd Azam juga sesuai dalam meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas penyandang kerusi Dun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Kami yakin beliau akan meneruskan kerja yang telah dibuat oleh Allahyarham Ustaz Azizan dan pada masa yang sama kami juga optimis beliau akan membawa suara anak muda khasnya," katanya.
Kerusi Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytiharkan kosong susulan kematian Azizan akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Dalam PRU13 lalu, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru.
Ini merupakan PRK kedua selepas PRU13, dengan yang pertama PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai lalu.
MB Selangor tegur ADUN Kuala Kubu Bharu Jangan jadi Adun rendah akal
sinar harian
10 Julai 2012
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun agar tidak menjadi wakil rakyat yang tidak dapat memperlihatkan ketrampilan sebagai seorang wakil rakyat apabila membangkitkan isu aktiviti curi pasir di Selangor tanpa fakta.
Ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Koon Mun mendakwa kecurian pasir boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.
Khalid menjawab Koon Mun secara sinis agar wakil rakyat mestilah mempunyai status tinggi untuk menjadi Adun.
Sejak dua tahun lalu, isu perlombongan pasir menjadi antara bahan perbincangan politik di Selangor yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).
“Janganlah wujud logik rendah oleh mana-mana wakil rakyat," kata Khalid.
"Kenyataan yang dibuat (oleh Koon Mun) ini jelas menunjukkan yang beliau tidak percaya sama sekali dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pegawai daerah dan jurutera daerah yang sentiasa memantau aktivi kecurian pasir ini," ujar Khalid.
Tambah beliau, Koon Mun tidak sewenang-sewenangnya membuat andaian-andaian yang tidak masuk akal.
"Beliau memalukan pegawai daerah. Seolah-olah kakitangan awam tidak membuat sebarang kerja-kerja pemantauan," tambahnya.
Kenyataan Khalid turut mendapat sokongan oleh Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie yang menyatakan Wong cuba menidakkan tugas pegawai daerah.
Wakil rakyat Seri Muda itu baru-baru ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi disahkan bersih daripada sebarang kesalahan.
Ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini, Koon Mun mendakwa kecurian pasir boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.
Khalid menjawab Koon Mun secara sinis agar wakil rakyat mestilah mempunyai status tinggi untuk menjadi Adun.
Sejak dua tahun lalu, isu perlombongan pasir menjadi antara bahan perbincangan politik di Selangor yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).
“Janganlah wujud logik rendah oleh mana-mana wakil rakyat," kata Khalid.
"Kenyataan yang dibuat (oleh Koon Mun) ini jelas menunjukkan yang beliau tidak percaya sama sekali dengan hasil kerja yang dilakukan oleh pegawai daerah dan jurutera daerah yang sentiasa memantau aktivi kecurian pasir ini," ujar Khalid.
Tambah beliau, Koon Mun tidak sewenang-sewenangnya membuat andaian-andaian yang tidak masuk akal.
"Beliau memalukan pegawai daerah. Seolah-olah kakitangan awam tidak membuat sebarang kerja-kerja pemantauan," tambahnya.
Kenyataan Khalid turut mendapat sokongan oleh Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie yang menyatakan Wong cuba menidakkan tugas pegawai daerah.
Wakil rakyat Seri Muda itu baru-baru ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi disahkan bersih daripada sebarang kesalahan.
Lelaki ‘CUAK’ Gadis Minta RM5K Atau Ugut Sebarkan Gambar Bogelnya
Sabtu, 21 Desember 2013

RAUB – Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.
Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.
“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.
“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin. – BERITA HARIAN
*Gambar hiasan.
Nurul Izzah tidak dibenar masuk Sabah
|
6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil Mesti Baca
Contoh artis malaysia Shila Amzah yang akan bertudung setahun sekali
Tiap-tiap tahun apabila bulan Ramadhan menjelma, akan bermula la bermacam-macam trend. Trend-trend ni hanya akan muncul di bulan Ramadhan. Kenapa ini terjadi? Susah nak explaintabiat orang Melayu islam…
1. Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali
Ni lah antara trend yang kelako. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan…selendang simpan balik dalam almari. Tak basuh. Boleh pakai terus tahun depan punya Ramadhan.
Mungkin explanation kenapa benda tu terjadi kita boleh nampak kat masjid. Ada perasan, kalau kau pegi masjid, mesti ada signboard bergambar “Ini Zon Menutup Aurat.” Kalau signboard tu untuk orang bukan Islam..tak apa. Tapi masalahnya gambarajah dekat sign tu..gambar perempuan berbaju kurung tak bertudung dengan logo pangkah besar2. Apa kebenda?
2. Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan
Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek, Ramadhan aje dia stop. Dengar aje takbir Raya…habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. “Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!”
3. Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan
Selama ni aku ingat isteri menarik muka masam sebab sofa kat rumah tak diganti baru atau langsir tak update design latest hanya berlaku dalam drama. Tapi bila benda tu dah terjadi dekat kawan aku dan dia terpaksa save duit kaw2 sebab tak nak isteri dia masam, itu menunjukkan walaupun tagline Ramadhan adalah bulan rahmat..lebih ramai yang assume time Ramadhan adalah time untuk jadi lahanat
4. Trend Artis dan Selebriti Beramal
Banyak orang buat jamuan anak yatim time ni. Tapi yang peliknya, antara bulan Syawal ke bulan Syaaban, kenapa tak ramai yang nak meraikan anak yatim time tu? Adakah sebab Ramadhan adalah satu2 nya bulan di mana kalau kau perlu push diri kau untuk buat kebaikan? Atau anak2 yatim hanya memerlukan kebahagiaan di bulan Ramadhan? Atau mungkin kalau buat bulan lain, promosi diri kurang?
5. Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi “Separa Alim”
Kau bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.
Dan fenomena ini akan berterusan..sehinggalah sampai seminggu lepas Syawal. Dan slowly, imej2 itu akan digantikan dengan visual biasa…
6. Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan
daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim…perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya…even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa…
Semua itu berlaku dalam sebulan Ramadhan. Dalam setahun..ada sebulan orang Melayu ingat Tuhan dan kita gunakan sebulan itu sebaik mungkin. Tahniah. Sudah pasti segala amalan yang kita buat dan segala kemungkaran yang kita jauhi dalam Ramadhan akan menjadi bekalan yang cukup untuk sepanjang tahun.
Sumber:http://www.2dayblogger.com/blog/6-trend-ramadhan-masyarakat-melayu-yang-ganjil-mesti-baca/
Kesian ! Lelaki China Ini Hidup Dalam Kandang Selama 11 Tahun
Jumat, 20 Desember 2013
30 Mei 2013
Sumber : merdeka.com
Semak Online Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Semak Online Keputusan Peperiksaan SPM 2012 | Admin juga sediakan cara buat semakan Melalui SMS . Tarikh semak Keputusan SPM akan keluar pada 21 March 2013 bermula 10.00 pagi . Para pelajar dan Ibu bapa di sarankan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.

Cara Semakan Keputusan SPM 2012 melalui Online
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:
1) Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.
Cara Semakan Keputusan SPM 2012 melalui sms

Anda jugak boleh semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :
- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888
ANDA DISARANKAN AGAR MENUNGGU TARIKH SEBENAR YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. ADMIN AKAN UPDATE BILA TARIKH SEBENAR KEPUTUSAN SPM 2012 AKAN DIKELUARKAN. TERUSKAN BERSAMA .
Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah! .Pada mereka yang sebaliknya teruskan usaha ,hidup mesti diteruskan!. Sebenarnya tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa! Teruskan Usaha dengan sabar dan dirikanlah sembahyang!
Bagi lepasan SPM tahun 2012 Dan STPM 2011/2012 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik.SUMBER
Langganan:
Postingan (Atom)