Tampilkan postingan dengan label sebarkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sebarkan. Tampilkan semua postingan
Lelaki ‘CUAK’ Gadis Minta RM5K Atau Ugut Sebarkan Gambar Bogelnya
Sabtu, 21 Desember 2013

RAUB – Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya.
Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu.
“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu.
“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Wan Samsudin berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Raub, malam kelmarin. – BERITA HARIAN
*Gambar hiasan.
PERHATIAN – Aisyah Diculik Di Rawang – Sebarkan Gambar Suspek
Selasa, 17 Desember 2013
Dari malam semalam hingga ke hari ini kecoh di laman-laman sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dikenali sebagai Aisyah.Di Twitter, kini ‘trending’ #FindAisyahAisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Exzam disyaki diculik oleh seorang lelaki di sebuah pusat membeli belah di Rawang.Dalam poster yang tersebar meluas di laman-laman sosial, menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek, Shahrizal Yusuf (690301-14-5221). Suspek dikatakan memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLC1894.Pihak MyNewsHub cuba untuk menghubungi ibunya, Cikgu Arbaiyah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut namun gagal.Beberapa persoalan timbul berkenaan kejadian tersebut.1. Bagaimana maklumat diri suspek begitu cepat dikenalpasti? Hingga nombor kad pengenalan juga berjaya dikesan.2. Adakah suspek ada kaitan/kenal mangsa atau ibu mangsa?Bagaimanapun, pihak MyNewsHub berharap agar berita kehilangan Aisyah ini dapat disebarkan serta merta.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi mata dan telinga pihak Polis dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia.Semoga adik Aisyah selamat dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes kehilangan Aisyah, sila hubungi balas polis berhampiran. Mynewshub
Langganan:
Postingan (Atom)