Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan

Mengejutkan Menteri Pertahanan Israel Putuskan Undur dari Politik

Kamis, 19 Desember 2013

  26 November 2012 
Menhan Israel Ehud Barak (Foto: AP)
 Ehud Barak (Foto: AP)
TEL AVIV - Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak mengeluarkan pengumumkan mengejutkan, yang menyebutkan dia  undur dari dunia perpolitikan Negeri Yahudi itu. Keputusannya ini diperkirakan boleh mengguncang sistem politik di Israel menjelang pemilihan umum.

Mantan jenderal yang pernah pula menjadi Perdana Menteri Israel itu mengatakan, dia akan  memegang jabatan Menteri Pertahanan  Israel hingga pemerintahan baru terbentuk pada 22 Januariakan  datang.

"Saya tidak mengambil keputusan ini tanpa perhitungan. Ini sudah saya fikirkan matang-matang," ujar Barak, seperti dikutip Associated Press,  26/11/2012 .

Pengunduran diri Barak boleh menjadi hilangnya tokoh yang menjadi mediator dari pemerintahan keras dari Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. PM Netanyahu diperkirakan akan tetap mencuba meraih kepemimpinan di Israel untuk penggal keduanya.

Barak yang memegang faksi kecil di parlimen, seringkali bertindak sebagai utusan tidak resmi untuk Amerika Syarikat  guna memuluskan hubungan antara Pemerintahan Presiden Barack Obama dan PM Netanyahu, yang seringkali dilanda ketegangan. Ahli politik  berusia 70 tahun itu memutuskan untuk undur setelah Independence Party yang dipimpinnya, meraih momentum positif usai serangan militer Israel ke Gaza minggu  lalu.

"Saya terlalu letih dengan kegiatan politik saat, yang tidak pernah menjadi sebuah hasrat besar. Masih banyak cara lain bagi saya untuk mengabdi kepada negara, bukan hanya politik," lanjutnya.

Barak dan Netanyahu dikenal dekat selama empat tahun terakhir. Tetapi keduanya sepertinya beda pendapat mengenai rencana serangan tentera Israel terhadap fasiliti nuklir Iran. Rencana itu, amat ditentang oleh AS, yang meyakini masalah Iran masih boleh diatasi dengan jalan diplomasi.(faj)okezone.com
Read More..

Kempen politik harmoni dicemari Datuk Mahfuz Omar mangsa fitnah

Rabu, 18 Desember 2013

Harakahdaily 

Salmiyah Harun|Foto Wan Zahari, 27 Okt 2013
JERAI: Kempen politik harmoni yang dicapai oleh PAS dan BN di Sungai Limau nampaknya mula dicemari pihak tidak bertangggungjawab dengan memfitnah Pengarah PRK PAS N20 Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz,tengah malam tadi sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah yang menggunakan nombor telefon bimbitnya telah tersebar meluas termasuk di laman sosial.

SMS yang tertera "Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah".

Jelas Mahfuz, beliau bukan ahli politik yang bodoh untuk mencalarkan imejnya sendiri.

Beliau berkata demikian setelah ditanya banyak pihak berhubung satu SMS yang  memburuk-burukan calon BN Dr Ahmad Suhaimi Lazim.

Mahfuz berkata, sms itu telah di print screen dan sudah tersebar di laman Facebook membuatkan beliau dihujani panggilan telefon bagi mengesahkan perkara itu.

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau.

Mahfuz percaya perbuatan keji terbabit adalah semata-mata mahu menimbulkan provokasi dan kemarahan rakyat khususnya pengundi di Sungai Limau.

Bahkan beliau tidak menolak selepas ini calon PAS Azam Abd Samat bakal menerima fitnah yang sama.

Bagaimanapun buat masa ini beliau akan mendapat khidmat nasihat daripada peguamnya untuk tindakan selanjutnya berhubung sms fitnah itu.
Read More..