Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

15 Cara Untuk Mengembangkan Rasa dan Sifat Sabar

Minggu, 13 April 2014


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.


3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU_PGVE7NdJlj5F_9_ZX8BUS6JTdt28qLuH85q1B7k90zPyMuKTHI4Gr-P25P8jJeKaAILR_5bnQortMqXBqhyDPWv7YSLfwxvC5ZanrEogQRdJAFK9_B3kZvHmpb4GOAvnO6FivXyhkE/s1600/sabar.jpg
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.


6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.


7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

http://dexbazz.files.wordpress.com/2011/03/hati-yang-berbungajpg.jpg?w=285&h=237
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.


10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.


11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.


12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.


13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.


14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.


15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.


Sumber : http://www.klikunic.com/2011/05/15-cara-untuk-mengembangkan-rasa-dan.html#ixzz1YtRZNg83
Read More..

Remaja Sanggup Tiduri Ratusan Lelaki Untuk Dapat Anak

Senin, 17 Februari 2014

Pada usia 15 tahun, Victoria Thompson tidak seperti mana-mana gadis-gadis muda lain. Pada usia 15 tahun beliau mahukan anak dan dia tidak keberatan untuk tidur dengan lebih 300 lelaki berlainan.



Beliau muncul di sebuah episod Maury yang tampil dalam episod “I’m in the 9th grade… You can’t stop me from having a baby!”.

Dalam kenyataan Victoria. Dia ingin menimang anak sebelum berusia 16 tahun.

Menurut Ibunya, Vicki, dia pernah terserampak anaknya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali sebanyak tiga kali di dalam bilik tidurnya.

Pada kali pertama dia terserampak, dia memarahi anaknya. Pada ketika itu Victoria masih mendengar kata, tetapi selepas itu Victoria tidak mengendahkan langsung tegahan Ibunya.

Pada tahun 2009, Victoria membuat kemunculan semula dalam episod Maury dengan berbadan dua. Pada ketika itu, Victoria berumur 19 tahun.

Dan pada Februari 2010, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, dengan nama, Joven Angel.

Pada November, 2011, beliau adalah “model” dalam salah sebuah laman lucah.

Video Youtube Victoria

-Paapaada.blogspot.com
Read More..