Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan
Ikat Diri Sendiri Kerana Malas Kerja
Rabu, 12 Maret 2014

Tokyo – Seorang wanita muda mengikat dirinya di rumah kerana tidak mahu pergi bekerja.
Wanita berusia 20-an itu ditemui dengan tangan dan kakinya terikat dengan tali dan tali pinggang di kediamannya di barat Tokyo kelmarin.
Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, tuan rumah itu menemui wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi tidak cedera.
Dia menelefon polis dan ambulans kerana bimbang wanita itu menjadi mangsa rompakan.
Bagaimanapun, penyiasat sangsi terhadap dakwaan wanita muda itu apabila mereka gagal menemui bukti ada kejadian pecah masuk.
Ketika disoal siasat, dia menangis dan mengaku tidak ada orang lain yang terlibat.
“Saya malas nak kerja. Kerana itu saya mengikat diri saya supaya saya tidak perlu bekerja tanpa memberi notis lebih awal,” katanya kepada polis. – AFP
Bapa Menang Saman Anak Sendiri
Senin, 30 Desember 2013
KUALA TERENGGANU : Seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu.
Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.
Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun. – Metro
Bapa tikam anak sendiri
Senin, 16 Desember 2013
sinar harian
AZIZAN INCHE HARUN
var dateEG = "May 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Mei 2012
JOHOR BAHRU – Hanya berselisih faham dengan anak yang meminta bapanya mengalihkan kereta di tempat meletak kereta milik jiran, seorang bapa tergamak menikam anak sendiri.var dateEG = "May 21, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 21 Mei 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, di kawasan perumahan Taman Dahlia Tampoi di sini, mangsa, Muhammad Afiq, 22, cedera di bahagian belakang atas pinggang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suspek Zainuddin Hassan, 48, telah menikam anak sendiri dengan menggunakan sebilah pisau.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
“Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata merbahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Langganan:
Postingan (Atom)