Tampilkan postingan dengan label pegawai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pegawai. Tampilkan semua postingan
GAMBAR Suspek bunuh pegawai bank muat naik gambar duit sebelum kejadian tembak
Rabu, 13 Agustus 2014
Facebook milik suspek Ardi Hamza.
23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib. Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.
Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
Suspek dipercyai berasal dari Sulawesi Indonesia.
Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.
Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.
Status terakhir suspek di facebook miliknya.
Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.
Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!
Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.
Gambar dengan penyokong bola Indonesia
menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan suspek
berasal dari Indonesia.
Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.
sumber:
Kerana Mengantuk Pegawai Bank Transfer 222 222 222 22 euro
Selasa, 24 Desember 2013
12 Jun 2013
Tribunnews.com, BERLIN — Mahkamah hubungan industrial di Jerman menyatakan, seorang penyelia bank tidak semestinya dipecat setelah banknya kehilangan jutaan euro akibat kekeliruan transaksi. Kes ini berawal dari permintaan transaksi senilai 64.20 euro.
Petugas bank yang melakukan transaksi ini mengantuk, sementara jari-jarinya masih berada di atas papan keyboard, dan alih-alih mengetik angka 64.20 euro, ia mengetik angka 222.222.222,22 euro
Kekeliruan ini membuat pegawai atasannya kemudian dipecat.
Tetapi, hakim di mahkamah ketenagakerjaan di negara Hesse memutuskan bahawa penyelia ini diperingatkan saja, bukan dipecat.
Dipekerjakan kembali
Kes ini sendiri terjadi April 2012 ketika petugas bank yang menangani permintaan transfer tertidur, sementara jarinya menempel di tombol angka dua.
Atasannya, yang berusia 48 tahun dan telah bekerja di bank ini sejak 1986, mengatakan bahawa dia tidak menyedari ada kekeliruan dalam transaksi ini. Makanya, dia mengizinkan pengiriman wang tersebut.
Pegawai lain di bank ini melihat kekeliruan tersebut dan kemudian memasukkan angka yang benar.
Di mahkamah, bank mengatakan penyelia tersebut tidak bekerja secara profesional kerana tidak memverifikasi transaksi yang dilakukan anak buahnya.
Para hakim tidak sependapat dengan argumentasi bank dan mengatakan penyelia ini tidak punya maksud jahat sama sekali.
Mahkamah juga memerintahkan bank agar penyelia ini dipekerjakan kembali. (*)
Langganan:
Postingan (Atom)