Tampilkan postingan dengan label laut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label laut. Tampilkan semua postingan

Saintis temui sungai di bawah laut

Senin, 03 Maret 2014




Gambar menunjukkan lokasi sungai di bawah Laut 
Hitam dekat Turki.
LONDON - Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar.
Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan.
Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam.
Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.
River
MENAKJUBKAN...dengan kamera imbasan 3D,jelas kelihatan sungai terbesar di bawah laut ini.
Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.
Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.
Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.
Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. - Agensi
Read More..

10 Laut Terluas di Dunia

Rabu, 12 Februari 2014


Bumi kita ini terdiri dari daratan dan lautan, Dan perbandingan antara keduanya adalah 1 : 3. Artinya lautam kita lebih luas dari daratanya. 
Dan daerah perairan kita terbagi menjadi beberapa samudera dan lautan , Dan dari semua lautan itu, ada 10 lautan yang terluas. Apa sajakah lautan tersebut, mari kita simak
1. Samudera Pasifik, dengan luas 165.385.450 km persegi.
2. Samudera Atlantik, dengan luas 82.440.830 km persegi.
3. Samudera Hindia, dengan luas 73.440.000 km persegi.
4. Samudera Antartika, dengan luas 14.004.030 km persegi.
5. Laut Cina Selatan, dengan luas 2.986.100 km persegi.
6. Laut Tengah, dengan luas 2.970.000 km persegi.
7. Laut Karibia, dengan luas 2.525.640 km persegi.
8. Laut Bering, dengan luas 2.270.000 km persegi.
9. Laut Mexico, dengan luas 1.513.460 km persegi.
10. Laut Okhotsk. Dengan luas 1.527.650 km persegi.

(Sumber: Serba-sepuluh)
Read More..