Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
GAMBAR Suspek bunuh pegawai bank muat naik gambar duit sebelum kejadian tembak
Rabu, 13 Agustus 2014
Facebook milik suspek Ardi Hamza.
23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib. Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.
Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
Suspek dipercyai berasal dari Sulawesi Indonesia.
Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.
Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.
Status terakhir suspek di facebook miliknya.
Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.
Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!
Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.
Gambar dengan penyokong bola Indonesia
menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan suspek
berasal dari Indonesia.
Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.
sumber:
SERIUS GEMPAR APABILA GAMBAR JESUS MUNCUL DI DALAM BUKU PANDUAN HAJI
Minggu, 16 Maret 2014
SERIUS INDO – GEMPAR APABILA GAMBAR JESUS MUNCUL DI DALAM BUKU PANDUAN HAJI | Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dariBengkulu, Sumatra. Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat “Yesus dan gembala yang baik” tertulis dibawahnya.
Paling mengejutkan risalah panduan ini ditinjauankan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesia sendiri.
Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. Pada masa yang sama kesemua 280 bukuamalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.
Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni? Warga saiber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.
Gambar Operasi Menyelamat Bas Genting
Selasa, 18 Februari 2014

Beberapa keping gambar menunjukkan Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali dalam usaha menyelamatkan penumpang tragedi bas henti-henti Genting yang sedang menghala ke Kuala Lumpur. Bas berkenaan menyediakan perkhidmatan ulang-alik dari Hentian Pekeliling di ibu negara ke Genting Highlands setiap hari.
Bas berkenaan dipercayai membawa 49 penumpang terbabas dan terhumban sedalam 60 meter ke dalam gaung sehingga menyebabkan 10 orang maut setakat ini dan 15 lagi cedera.
Gambar dimuatnaik ke laman FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Selangor.





Langganan:
Postingan (Atom)