Index» » » » » » » Sambutan Hari Raya Mandailing Malaysia 2013

Sambutan Hari Raya Mandailing Malaysia 2013

Kamis, 27 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri kaum tersebut di Chemor, Perak pada 1 September ini dari pukul 12.30 tengahari hingga 4.30 petang.

Timbalan Presiden Mandailing Malaysia, Rosli Nasution Adnan berkata, seramai 3,000 ahli Mandailing Malaysia dan masyarakat Mandailing dari seluruh negara dijangka menghadiri sambutan tersebut.

“Majlis ini antara lain bertujuan mendedahkan kepada generasi muda Mandailing mengenai wujudnya perkampungan Mandailing di negara ini dan kini terdapat kira-kira 500,000 orang Mandailing di negara ini.

“Ia juga berusaha merapatkan hubungan kaum ini di Malaysia dan melestarikan budaya kaum itu serta mendedahkan kepada generasi mudanya mengenai sejarah mereka di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Rosli dalam pada itu memaklumkan Sambutan Hari Raya Mandailing Malaysia 2013 akan dimeriahkan dengan persembahan budaya kaum Mandailing, Tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan oleh anak-anak Mandailing dari Gombak, Selangor.

Menurutnya, orang ramai yang menghadiri majlis tersebut turut berpeluang menikmati pelbagai hidangan makanan tradisi kaum Mandailing seperti ‘bulung gadung duda’ atau lebih dikenali sebagai gulai pucuk ubi tumbuk.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar